Pages

Sunday, August 28, 2011

Words Complication

I have tons in my mind but i could never express it in words no matter how much I talk. The talkative me never ever simply said something that shows the trueself inside me. It's hard so hard.

This is the way I talk:

I miss you:



Why cant i just simply say it? no. because it's a secret in the heart. People might notice but I won't say. Not A Word. Sometimes it just being me...

Heart is not a matter to be speak of. Only some know, some understand. One will feesl no one knows. :)

Why can't i just directly said... I Miss You. hahaha Funny~!

Saturday, August 20, 2011

Cikgu, macam mana nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar
Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu :
Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu.
Pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.
Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu
Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
Ya, itulah jawapannya. 

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. 

Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. 

Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. 

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. 

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

ILuvIslam.Com