Sejak 2 menjak ini~ aku tersangatlah asyik bermain permainan tradisional yang bertaraf antarabangsa kini.
Alkisah sebermulanya pada hari Khamis yang lepas, setelah diajar oleh Cikgu Ayoh, maka dengan itu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa seorang gadis Melayu yang bergelar Cikgu Ika juga mampu melakukannya dengan jayanya..
Bemula daripada saat itu sehingga kini, sesungguhnya aku telah menghitung hari iaitu sebanyak 5 hari bersamaan dengan 120 jam masa yang berlalu ditolak dengan masa makan, minum, mandi, pergi kelas dan yang sewaktu dengannya maka masa sebenar latihan yang telah aku lakukan ialah hanya 7 jam 30 minit iaitu bermula daripada jam 5 hingga 6.30 setiap hari. Tidak lama bukan? tetepi aku cukup teruji kerana kesukaran melakukannya pada mulanya..aku sedih. aku marah. aku bingung. namun aku tetap mencuba dan mencuba dan terus mencuba. biar aku tepis segala kekalahan, ku tolak segala kelemahan, ku tangkis segala kata yang mampu menghentikan aku dari terus mencuba. semuanya kerana aku tidak mampu menerima kata "TIDAK" dalam setiap yang aku lakukan. Jika orang lain mampu, MENGAPA TIDAK AKU?
Sehingga terbitlah kata-kata,
"saya tidak pernah jumpa perempuan yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu seperti awak."
Mama, inilah didikanmu. Papa inilah ajaranmu.
Aku bukan insan yang berhenti sebelum aku benar-benar berjaya.
Takraw oh takraw, tunggu ya? esok kita main bersama lagi. hehe
No comments:
Post a Comment