Papa. Semua orang ada papa tapi yang bezanya ialah panggilan kepada seorang bapa. ada yang panggil bapak, apak, ayah, baba, abi dan yang sewaktu dengannya.
Saya? saya panggil papa.
Papalah satu-satunya papa saya.
Saya? saya panggil papa.
Papalah satu-satunya papa saya.
Dulu saya tak banyak cakap sangat dengan papa sehinggakan boleh dikira dengan jari berapa kali saya bercakap dengan papa. Papa ni sangatlah pendiam. Papa bercakap apabila perlu sahaja. Benda-benda yang penting sahaja.
Sekarang tak lagi begitu. Sejak masuk Batu Lintang ni kami sentiasa ada benda yang nak diperkatakan dan antara ayat Famous papa terutamanya apabila saya akan jadi pengacara majlis,
"buat betul-betul. Semua orang tengok kita. jangan buat kesalahan"'
pergh! ayat berhantu tuu~ ku ingat betul2 setiap kali disuruh jadi MC. nak wat guano. Papa telah memberi amanat beliau yang berdaulat. No room for mistakes.
Walaupun tampaknya, papa jarang bercakap dengan aku dan agak jarang memberi nasihat tapi magisnya papa, semua benda yang Papa tak suka aku takkan buat. Dia tak perlu cakap apa-apa tapi magisnya aku akan menuruti setiap kemahuannya.
Cakap mama pun aku tidaklah dengar sangat tapi papa?
aku akan dengar dan patuh tanpa sebarang bantahan.
"Tengok tu, mana ada orang bawak kereta macam tu. Orang bawak kereta kat lane tu kalau dalam situasi macam ini"
-
"Hish. budak-budak sekarang ni. panas-panas pun nak pakai payung"
(motif sangat kan, panas mestila pakai payung. tapi papa mendefinisikan orang yang pakai payung ni 'lembik' adeh.. motif sangat. Motifnya lagi...Saya pon ikut jugaklaa~ tidak saya pakai payung masa panas)
Papa suka mengkritik tapinya.. saya sejak kecil lagi ada
perangai
SAYA-TAKKAN-BUAT-APA-YANG-PAPA-TAK -SUKA.
perangai
SAYA-TAKKAN-BUAT-APA-YANG-PAPA-TAK -SUKA.
Mungkin kerana.. dia papaku.
Dulu saya pernah cakap
Itulah magisnya panggilan.
Dulu saya pernah cakap
"papa lain, ayoh lain. tapi yang serupanya ialah saya mendengar kata kedua-duanya."
Itulah magisnya panggilan.
No comments:
Post a Comment