Kata kunci untuk hari ini:
. Mulakan untuk mengakhiri .. Selangkah ke hadapan ternoktah suatu lembaran di belakang .
. Saat ini, hidup ini milik anda untuk sekali sahaja .
Take control of your life!
Ku titipkan penulisan ini buat kekanda Nurul Syuhada Binti Kharit yang sentiasa dekat di hati.
Insan ini aku kenali tanpa ku duga hanya gerak hati yang membawaku kepadanya.
Mengenalinya melalui insan yang bernama Ayoh yang memperkenalkanku kepada sebaris nama yang belum pernah kudengar sebelum ini: "Ada" yang disingkatkan dari "Syuhada"
"unik.." desis hati kecilku pada ketika itu dan ada senyuman yang terukir pada bibir yang hanya selembar ini. Namun pada ketika itu aku hanya mampu memerhati dirinya dari sisi Ayoh tanpa banyak bicara. Tika itu bagiku geraknya selamba, agak cemerkap orangnya, dan dia kadang-kadang kelihatan "blur" dan cepat terganggu jika diusik. Hati kecilku tertawa.
Memerhati insan menjadi kegemaranku.
Daripada insan aku belajar tentang kemanusiaan,
aku mengkaji jalinan perhubungan,
dan
aku menilai erti kehidupan.
Menerusi insan aku mengenal erti keinsanan
Melihat dari kaca mata insan
Menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Tiba-tiba teringat kepada Rosnah Nengsi Binti Hudong a.k.a "Kak Neng-C Special".. (menurut ayoh dalam kamus penbendaharaan panggilannya).
Aku tertarik dengan salah satu penulisannya yang dicoretkan dalam Little Things To Say:
semalam aku lahir sebagai aku..
aku membesar dan dewasa dalam aku..
tapi bila aku sampai di tempat itu..
aku belajar menjadi kami..
aku belajar apa itu kita..
aku blajar apa itu bersama..
aku belajar memberi dan menerima..
aku sayang tempat itu..
aku rindu masa itu..
terlalu rindu..
aku ingin kembali ke sana..
tapi adakah aku dperlukan lagi???
adakah aku dterima lagi???
aku perlu menjadi kuat..
kuat untuk menerima bhawa aku tdak diperlukan lagi di sana..
aku kini harus belajar menjadi aku semula..
terima kasih pada semua yg mengajar aku menjadi kami…
terima kasih atas segalanya….
terima kasih sahabat….
aku membesar dan dewasa dalam aku..
tapi bila aku sampai di tempat itu..
aku belajar menjadi kami..
aku belajar apa itu kita..
aku blajar apa itu bersama..
aku belajar memberi dan menerima..
aku sayang tempat itu..
aku rindu masa itu..
terlalu rindu..
aku ingin kembali ke sana..
tapi adakah aku dperlukan lagi???
adakah aku dterima lagi???
aku perlu menjadi kuat..
kuat untuk menerima bhawa aku tdak diperlukan lagi di sana..
aku kini harus belajar menjadi aku semula..
terima kasih pada semua yg mengajar aku menjadi kami…
terima kasih atas segalanya….
terima kasih sahabat….
Insan itu guru universal. Banyak yang belum kita terokai.
Aku suka melihat melalui mata-mata insan kerana dari matanya, aku lihat sebuah kehidupan yang terasing dariku.
Berbalik kepada Kak Ada.
"Tiada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan.
Kesukaran dan dugaan menjadikan insan lebih kuat dan memahami insan lain.
Kesukaran dan dugaan menjadikan insan lebih kuat dan memahami insan lain.
No comments:
Post a Comment