Pages

Thursday, June 2, 2011

Novel Kehidupan

Andai mampu ku nukilkan sebuah novel perjalanan kehidupan, cinta, dan persahabatan.. akan aku ceritakan kisah Nur Nadia Lydia juga seorang insan seperti aku dan kau yang menjalani rentetan kehidupan tersendiri.

Dalam konsep kesusasteraan, sastera itu ialah seni bahasa yang disampaikan secara lisan atau penulisan. Novel merupakan salah satu karya sastera moden yang ditakrifkan sebagai suatu penceritaan kisah yang luar biasa. Ya, yang luar biasa. 

Kisah kita mungkin 'cliche' dengan drama Melayu atau novel Melayu dalam pasaran. Namun ketahuilah orang lain boleh mengatakan bahawa plot cerita kita membosankan tapi siapa mereka untuk berkata? kehidupan ini ialah novel kita, suatu kisah luar biasa yang disiarkan secara langsung di atas pentas kehidupan. Kita ialah watak utama, pengarah cerita, dan penulis skripnya. Cerita yang 'cliche' itu mungkin wujud dalam masyarakat dan bukanlah rekaan semata-mata sebaliknya berkaitan dengan hidup ataupun yang mati.

Itulah Novel Kehidupan yang kita rencanakan.

Nur Nadia Lydia, rentetan kisahmu ialah jalan cerita kehidupanmu. Aku hanyalah watak pembantu dalam ceritamu untuk mengisi kekosongan sepimu. Kau ialah pengarah ceritamu. Tentukanlah permulaan dan pengakhirannya mengikut citarasa hati dan akal fikiranmu. Bebaskan dirimu.. Amin.

No comments:

Post a Comment